Assalamualaikum. Esok merupakan hari terakhir untuk bulan Januari pada tahun 2017. Azam baru aku untuk tahun ni dah jauh melencong dah. Sebelum masuk tahun baru, berat aku dah 50kg. Nak pula baru sihat dari demam time tu. Berat pun turun mendadak. And now berat aku dah jadi 52kg balik. Hmm losernya hohoho. And paling penting, azam nak rajin belajar memang dah pudar sama sekali. Tak bernafsu langsung nak buka buku. Padahal lemah ni dalam subjek Ekonomi, Pengajian Am, Bahasa Melayu dengan Sejarah (eh, macam semua subjek kau lemah ni) Hahaha okay okay. Nantilah, insyaAllah esok lusa mood tu akan datang balik (walaupun harapannya tipis)
Ramai yang cakap aku sombong. Bukan ramai, tapi saaaangat ramai! Tapi betul ke? Malam kelmarin aku online Facebook, eh ada mood pula nak tengok chat aku zaman Form 1 Form 2 dulu. Since ada sorang mamat ni tiba-tiba dia tegur aku, cakap dah lama tak chat. Padahal aku tak ingat pun aku pernah chat dengan dia. Time chat dulu, aku baru 14 tahun dan dia dah 22 tahun kalau tak silap. Sedar sedar je aku dah habis sekolah, dia pun nak masuk 30's. Uiiish.
Bila tengok je chat aku tu, sah aku sombong. Sombong dan garang. Uuu, package. Hahaha. Teruk gila cara aku treat friendlist aku. Lel. Especially kaum Adam lah. Kejap aku cari balik chat-chat tu semua. Itupun kalau line tak lembap, dapatlah aku sambung balik entry ni. Bentar yaaa ( ^.^ )
Cukuplah nii. Nanti kalau rajin aku update part 2 pulak. Hahaha, Sebenarnya ni baru suku bahagian kot, ada yang lagi teruk. Yang kena maki dengan aku pun ada. At least yang ni aku buat tak layan je kan. Kalau malas sangat, memang tak reply terus. Tapi kira okaylah tu. Hoho, ni waktu umur aku 14 ke 16 tahunlah. Bukan setakat dekat Facebook, kawan-kawan dekat sekolah pun cakap aku sombong. Tak kisah lah, dia laki ke perempuan. Actually, aku bukannya sombong, cuma tak peramah je. HAHA. Beza ke? Entahlah. Tapii yang pastinya, kalau dia baik dengan aku, aku layan dia dengan baik jugaa, tapi kalau dia tak pernah pun rapat dengan aku, tapi tiba-tiba nak cerita pasal aku dekat belakang, lepastu nak tarik muka bila jumpa, alamatnya sampai ke mati lah aku tak akan kawan dengan dia. Haaa itu perangai buruk aku kalau korang nak tahu. But kena ingat jugaa yang aku buat perangai tu bersebab. So, lebih mudah kalau tak kenal so takpayah judge. The most important thing, terhindar dari dosa mengumpat orang or sangka buruk dekat orang. Hihi ☺
Percaya atau tidak, aku yang dulu tak sama langsung dengan yang sekarang. Dulu, aku takdelah sombong sangat pun. Aku sombong dengan orang lelaki je. Haha, termasuklah crush aku. Sebab, crush setakat crush jelaah, takde niat pun nak couple. Tapi dengan perempuan, aku okay je, termasuk dengan orang tua pun aku boleh sembang. Tapi, relationship between cousin not that close la, don't know why haha :") Tapi sekarang, aku sangat memilih kawan. Bukannya pilih atas paras rupa, atas kekayaan dia, atas kebijaksanaan dia. Hmmm tu tak penting pun bagi aku. Orang cakap, payah kalau kawan baik dengan orang perempuan. Sekarang baru aku faham maknanya ( *_* ) Kes tikam belakang, umpat-mengumpat, lupakan kita bila dorang dah habis cerita segala masalah dekat kita, selalu nak sangka buruk, abaikan kita bila dah jumpa kawan baru, kebanyakan kawan perempuan yang aku pernah ada, macam tuu ler perangainya. Dulu, aku kisah. Aku sedih kenapaaa lah jadi macam ni? But now, kalau nak stay kawan dengan aku, kawanlah. Tapi kalau kau tak suka aku ada, aku sendiri akan pergi dari hidup kau. Buat apa kita hadap untuk orang yang dah lupakan kita. Bersyukur dengan apa yang ada, yang taknak ade dengan kita, kita takyah fikir pasal dia. No matters to me ❤





No comments:
Post a Comment