Monday, 23 January 2017

Kita Berhak Ke Buat Pilihan?

Assalamualaikum. Tajuk tu soalan, tapi sape yang nak jawab? Okey diam, takyah cakap pape. Sebab tak akan ada respon HAHAHA. Haa nampak? Dah lah takde orang jawab, lepastu buat lawak hambar, and then gelak sensorang. Errr ( T_T )

Tadi kat sekolah ade koko. Bila balik tu, letak beg and barang semua, sebab berat gila tau. Then keluar kejap nak beli makanan kucing. Bila dah balik tu, MasyaAllah ( V_V ) Boleh pulak lupa nak pergi kedai fotostat. Kertas yang nak fotostat tu pun tak bawak, acane? Lepastu terpaksa keluar balik. Haiihh. Rasa macam bengong je masa tu. 

Ohh dah lari tajuklah hmm. Okey, betul ke kita ni boleh buat pilihan? *Tanya lagi --'* Agaknya memang betullahkan? Dia pun dah buat pilihan. Dia memilih "dia". Dia pilih untuk lupakan aku. Dia pilih untuk buat aku kecewa. Dia pilih untuk buat aku menangis. Bagusnya pilihan kau. Memang pilihan yang terbaik sangat ☺

Aku pulak pilih apa? Aku pilih untuk jadi bodoh haha. Yelah, aku pilih untuk sabar. Pilih untuk setia jugak walaupun dia tak pernah pandang aku. Aku pilih untuk pujuk hati sendiri. Tapi, tak siapa tau kalau esok aku akan pilih untuk buat dia macam TAK pernah wujud langsung dalam hidup aku. Masa tu jangan tanya kenapa aku buat pilihan macam tuu. Jangan putus asa kalau Allah tunda apa apa yang kita nak atau suka, tapi sabar dan senyumlah kerana Allah berfirman dengan penuh kasih dan sayang bahawa "Inna Maal Us Riyusra" 

So fikirlah, buat pilihan yang terbaik. Aku bukan cakap aku yang terbaik. TAK. Cumaa, pernah dengar tak ayat kat bawah ni?


❤ "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)
kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu" Surah Al-Baqarah ayat 216 ❤

No comments:

Post a Comment