Thursday, 26 January 2017

Ujian DariNya.

Assalamualaikum. Cuti seminggu sempena tahun baru Cina ni feel like doing anything huhu. Padahaaaal, banyak gila benda kena buat. Hari tu cikgu cakap maybe ujian setara, awal bulan Mac. Umak aaii banyak lagi tak buat revision. Hmmm. Tadi baru belek contoh proposal yang cikgu kasi untuk kerja kursus sejarah tu. Masa kat sekolah, tengok macam senang. Tapi, bila sensorang kat rumah ni, belek balik hmmmm lose idea. Seriously. Yelah, sebab info tak cukup. Tempoh nak kaji tu pun taktau dari bila ke tahun bila. Acane niii? Buka sekolah dah kena hantar.

Nak call tempat yang aku nak kaji tu, but macam tak properlah kan ws orang malam-malam untuk benda formal macam ni. So siang esok insyaAllah aku try contact. Ya Allah, harap harap dia bagi kerjasama lah. Even tempat tu jauh, nun Ampang sana tu haaa, tapi sebabkan tempat tu interested, aku gagahkan jugak. Soal transport sama ada pergi sendiri or dengan member. Maybe dengan member kot sebab dorang ada buat kajian dekat Cyberjaya, dekat Pudu dengan sekolah sukan Bukit Jalil. ya Allah, Kau permudahkanlahh urusan hambaMu ini. Kalau ada dugaan (mestilah ada huhu) maka Kau pinjamkan kami kekuatan untuk menempuhi dugaanMu itu, pupukkan kami nilai kesabaran dan ketabahan, jauhkanlah kami dari sifat putus asa. Aamin Aamin Ya Rabb.

Patut hari ni kiteorang nak pergi National Library tapi aku, Aten dengan Nat sakit kaki. Hahaha. Bahana road run semalam. Nak pulak aku ni beluuuum pun masuk UPM, area tasik Serdang lagi, tapak kasut depan tu dah tercabut. At first sebelah kiri je. Bila dah masuk UPM, sebelah kanan pun tercabut. Huhu. Aten dengan Zirah macam nak gelak tapi sebab kesian, dorang tahan kot HAHA ( T_T) Bayangkan 9 KM aku jalan dengan tapak kasut macam tu. Fheeww masuk je kawasan kubur Cina tu haaa ambek! Dah rasa dah denyut kemain kuat huhu. Tu kasut mama sebenarnya. Kasut aku kakak aku dah buang. Dia keluar hari tu, aiskrim jatuh atas kasut, dah kotor terus dia buang. Berangin jugak lah aku hmmm. Takpelah, takde rezeki nak pakai. Benda dah lepas pun.

Esok pulak, insyaAllah adik aku ujian komputer untuk dapatkan Lesen L. Semoga dia lulus dengan cemerlang. Aamiinnn ☺

CUAK OII  (T_T)

No comments:

Post a Comment