Wednesday, 8 February 2017

Changed.

Assalamualaikum. Aku rasa banyak benda yang dah berubah. Diri aku sendiri pun dah lain sangat. Aku rasa perangai aku dah jauh berbeza. Haha. Entahlah. Susah nak cakap. Tapi memang lain. Lain sangat-sangat. Kalau orang tak suka dengan perangai aku ni pun, aku tak kesah, sebab sometimes aku pun tak faham dengan diri aku. Dulu kan, aku berkawan dengan semua orang. Tapi sekarang, dah tak. Aku macam memilih gila kot nak berkawan, haha. Kalau setakat kawan yang "Haiii" ""Okaybye" Then, bolehlah kot tapiiii tak boleh selalu tegur, nanti terapat terus pulak ( =.= ) Haiihh, rindunya kawan-kawan Ikhalasian. Hmmm. Ada sesetengah tu dah 3 tahun sekelas, dari 1 Rasional sampailah 3 Rasional. Masa Form 1 till Form 3, kiteorang aliran pertanian. Bayangkan lah sama-sama mencangkul, sama-sama tanam macam-macam jenis pokok, ada yang menjadi, ada yang tak, sama-sama jual hasil tanaman yang kiteorang buat sendiri, sama-sama dapat upah, Allahuakbar, rindu sangat kat korang weyh.

Masuk Form 4 dengan Form 5 pulak dapat aliran Katering and Landskap. Kali ni nak cuba sesuatu yang baru. So kita main masak-masak pulak. Ada sorang dua je lelaki yang masuk Katering, yang lain-lain amik aliran Landskap. Cikgu-cikgu selalu cakap "nanti yang perempuan-perempuan bolehlah sediakan makanan, lepastu hidangkan dekat laki-laki yang dah penat tanam pokok ni" hahaha lepastu sebabkan kelas kiteorang yang panas (dapat duduk dekat blok kelas yang tersisih masa Form 4 haha) cikgu cakap, "nanti korang bakar kek kan? takpayah masuk oven eh, bakar dalam kelas je" hahahaha. Budak-budak lelaki, ya Allah kelakaaaar. Tiap-tiap hari buat lawak. Dorang suka menyanyi, semua suara sedap-sedap. Haha. Aku ingat lagi kan ada part lagu Ajai-Aduh ni yang "aduh sayang, aduh kasih, aku dah bosan dengan caramu" haaa ada classmate aku nyanyi lagu tu, lepastu cikgu BM aku, Puan Intan ingatkan laki tu nyanyi dekat cikgu, cikgu pun cakap, "Saya ni lagiiiiii bosan dengan awak!" HAHAHA. Cara cikgu cakap tu sumpah comel gila tau.

Hmmm tu cerita budak-budak lelaki. Yang perempuan pulak semua baik-baik. Takde pun yang gedik ke acah-acah tomboi ke, asyik memekak dalam kelas ke, terjerit-jerit ke, Alhamdulillah lah. Sometimes tu takpelah kan, dah kata zaman budak-budak tapi kalau most the time pun nak macam sakai tak boleh jugak HAHA. Semuaaa lah, sampai sekarang pun ada yang still contact. Kebanyakannya masa SPM dapat 5A, hmmm tapi dorang untung dapat masuk Uni, aku ... STPM pun okay apa. Haaa lau tak caya, boleh google apa tu STPM. Heheee.

Bila dah aliran katering ni, of course lah masak sama-sama kan. Even kalau kita masak dekat rumah dengan family pun, kita rasa macam best sangat. Haa macam tu jugak la dengan kawan-kawan. kau rasa aku punya, aku rasa kau punya. Lepastu kalau malas amik meja, ramai-ramai duduk dekat lantai makanan yang kiteorang masak, letak kat depan, pastu makan. Sebabtu semua badan sihat-sihat hihi. Lepastu masa musim Raya, sama-sama buat kuih raya. Lepastu cari sesapa yang nak order, lepastu jual and then dapat upah. Macam-macam jenis dah yang kiteorang masak, start dari buat macam-macam jenis air, lepastu kuih tradisional, kuih moden, kek hari jadi, lauk-pauk, nasi ayam, ehh macam-macam lagi lah. Paling bessst, aku tak pernah repeat tau sepanjang 2 tahun ni. Alhamdulillahhh :D Time nak buat jamuan pulak masak je sendiri. And then kalau kelas katering pagi, cikgu ajak lah goreng mee ke apa. Hahaha best gila!

Dalam kelas dulu, aku rasa aku paling pendiam kot. Tapi pendiam aku pun, aku kawan dengan semua kawan-kawan perempuan. Cuma sekarang ni mood nak berkawan, nak buat baik dengan orang tu macam dah malas dah, kenangan silam yang banyak pahit dari manisnya, buat aku serik haha. Orang tak akan faham, orang still judge kita ni sombong, tah hape-hape, it's okay. Selagi boleh kumpul dosa, silakan kumpul. Aku tak akan halang. Allah SWT je yang tahu apa yang jadi sebenarnya. ( ^_^ )

Untuk kawan-kawan, Hani, Kiah, Syikin, Farzana, Aina, Syafikah, Myra, Syikin, Aien, aku rindu sangat dengan korang huhuhuhuhu. Yang lelaki malaslah nak mention nama, hahaha segan ( =.= ) Yang tak kena mention tu sorryy sebab kita tak rapat sangat, kan? Hahahaha. Aku doakan hidup korang dekat luar sana tu sentiasa dipermudahkan Allah SWT, semoga korang dapat capai cita-cita korang. Eee tak sabar nak tengok sape first batch kita ni yang kawin dulu? pastu dapat anak dulu? Pastu kerja apa esok? Eeee, next year kita dah 20 tahun! Aaaaaa, dah setahun lebih rupanya kita tinggalkan alam persekolahan. Allah je yang tahu aku rindukan korang, walaupun mungkin korang tak ingat pun siapa Fira ni haa. Maklumlah, budak pendiam mudah dilupakan, tapi diam aku, diam memendam, sebabtu mampu cakap dalam belog je. Takde sapa yang kisah ☺

Esok cutiiii sebab Thaipusam! Hari Jumaat pulak Trial Muet. Next week, exam Speaking for Muet. Tssk, cuaaaak! Dengar cerita examiner dia fussy gila, lelaki pulak tu, indian ( T_T ) Nak nangis kejap boleh? Alah alah. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami. Aamiin :')

Sumpah nak nangis tengok gambar-gambar kat bawah ni. Dah macam abang adik kakak dah. Allah. Kenapalah mesti kena berpisah? Kenapa mesti berubah? Rindunya. Ni baru sikit, baaaanyak lagi gambar tapi biarlah jadi simpanan peribadi. Hmmm.






***

















No comments:

Post a Comment