Monday, 30 October 2017

Dalam Masa Beberapa Bulan Ni Macam-Macam Benda Jadi

Assalamualaikum. Helloooo. Okaygais ni post terakhir aku sebelum aku akan menyepi untuk sebulan dua ni. Sebab genap lagi seminggu aku dah final exam! Doakan eahh awok awok semua. Hihi sayang sikit :'*

Rasa cepat betul masa berjalan. Awal bulan Mei tahun lepas aku baru start belajar balik lepas 5 bulan cuti SPM. Lepastu tengah bulan 6 ni dah masuk final sem. Masa awal-awal masuk study dulu, aku kenal dengan someone ni. Dah lama dah kenal sebenarnya cuma baru nak rapat. Masa tu haii rasa macam happy giler la. Sebab time cuti SPM dulu, aku memang dengan dunia aku je. Takde bergaul langsung dengan orang haha. So, bila dia datang tu rasa macam ade orang teman hari-hari aku :)

Tapi sayangnya dah nak abis sem 2 tiba-tiba dia berubah perangai. Memula tu aku frust gila babun okay. Stress giler sebab dah rasa lonely balik. Time raya tu aku ada la msg dia, "Assalamualaikum awak. Selamat hari raya. Maafkan orang kalau orang ada buat salah silap dengan awak" Tapi dia senyap jee sampai dah abis raya and sampai sekarang. Aku pikir gak, dah mampos ke dia ni tetiba ghaib? HAHA but yeahh rasa macam sampah giler okay time tu. So aku decide untuk terima. Tak guna untuk aku tunggu walaupun aku pernah cakap aku tunggu dia balik. Tapi sape yang buang sape kan? So tak salah kot aku mungkir janji aku :)

Masuk pulak sem 3 masa bulan 6. Dah nak hujung bulan 7, atau lebih tepatnya lagi 23 Julai 2017, Maghrib tu member aku msg cakap yang cousin dia nak kenal dengan aku. Tak berapa lama sebelum tu kiteorang ade tangkap gambar untuk jamuan raya kat kelas, dari gambar tu cousin dia nak kenal dengan aku. Aku tak pernahhhhh bagi no phone aku sewenang-wenangnya dekat sesapa okay. Tapi that time aku boleh pulak cakap, "boleh je nak kenal" Aduu hahahahaha. 

Pukul 8 malam tu dia pon tego aku kat ws. Aku pon reply. Tapiii setengah jam kendian, dia terus call aku. Nervous woiii, yelah tak kenal nak borak amendenya. Hahahaha tapi aku silap sebab walaupun tu first time borak tapi dia saaaaangaaat laa peramah. Kuat menyakat pulak tu ( T_T ) Dan mulalah pada hari tuu kiteorang pon rapat.

Hari ni dah 30.10.17. Alhamdulillah semakin lama semakin dah selesa dengan each other even baru kenal 3 bulan 7 hari. Heee :) Aku pon tak sedar since when kiteorang boleh jalinkan "hubungan tu" Sebab benda tu jadik memang spontan. Dia banyak kali cakap dia jujur sayangkan aku, dia ikhlas. Mula-mula tu aku tak rasa apapon, tapi sebabkan dia ni baik gilerr aku pon cair. Seriously dia penyabar sangat-sangat. Ya Allah, banyak kali weyh aku test dia tapi dia tak pernah pon gagal hehe :) 

Family aku semua dah tau pasal dia. Hubungan aku dengan cousin plus family dorang pon makin close. Mak dia pon dah tau dah. Aku akan ingat pesan mak dia yang kiteorang kena susah senang sama-sama. Aku tau mak dia pesan macamtu sebab kiteorang masing-masing tengah struggle lagi nak hidup. Aku appreciate sangat apa mak dia cakap tuu. Tapi ada sekali tu kiteorang ada salah faham sampai aku mintak putus (10.10.17)

Petang tu dia call aku macam biasa tapi aku jawab sepatah-sepatah je. Lepastu suara dia dah lain la bila aku layan macamtu. Dia pon cakap "Hmm takpelah nanti orang call balik. Byee" "Okaybye" Pastu dia tutup. Dia tak pernah tutup sebelum aku tutup okay! Tapi aku diam jelah. Tetiba dia msg aku. Aku pon balas tapi aku memang straight cakap nak clash. Dia pon call ah aku balik haha. "Sayang kenapa ni? Orang buat salah apa kat sayang?" Aku banyak diamkan diri je. Pastu cair wey bila dia cakap dia tak nak putus dengan aku apa semua. Aduhaiii, rupanya aku ni ha banyak pikir benda negatif. Tu la aku rasa beruntung sangat sebab dapat lelaki yang matang macam dia :") 

Banyak sangat benda yang kiteorang dah plan sama-sama. Pasal aku nak sambung study, pasal duit hantaran, pasal nak jumpa parents, pasal anak, ya Allah aku tak boleh brain benda ni semua hahahahaha unexpected doo macam mana bole sampai tahap tu. Tapi dia banyak kali cakap "Ingat orang main-main ke? Orang serious okay dengan hubungan ni" Harini pon dia ada cakap, "Sampai masa nanti kita kahwin" Alahai :") InsyaAllah awak. Dia tengah struggle kumpul duit. Aku pulak tengah struggle dengan study aku. Kalau ade jodoh tak kan ke mana. Selagi tu aku akan tunggu dia :)

Aku tau dia akan jaga hati dia. Dia dah kenalkan aku dekat kengkawan dia, dekat cousin-cousin dia, dekat mak dia, dekat housemate dia. Dia tak pernah malu nak cerita pasal aku. Tu yang buat aku yakin dia takde orang lain. Mula-mula dulu kawan dia selalu la sakat, "Woii gayut lama-lama tu kawin ke nantiiii?" Dia cakap, "Hang tunggu laa. Nanti aku kahwin dengan dia, hang orang pertama aku jemput" HAHA :D Yang paling best dia salah satu sebab aku dapat tempat ke-empat dalam kelas masa trial baru-baru ni. Sebab sepanjang musim exam tu dia takde buat perangai, buat aku sakit kepala, everynight call aku semata-mata nak wish goodluck walaupun dapat cakap 3 minit je. Bila study sejarah dia dengar aku cerita, dengar aku membebel. Time study sejarah tu aku sampai cakap kat dia aku dah give up. Dia apa lagi, baca msg tu terus ah call tanya okay ke tak? Hmm masa tu down giler.

Alih-alih esoknya blackout satu block tu. So exam kena delay. Macam sesia aku stress semalam hahahaha tapi bila fikir balik ade hikmahnya, sebab dari situ aku nampak yang dia support and amik berat pasal aku. Actually banyak lagi benda yang dia buat sampai aku rasa aku akan nyesal kalau tak jaga dia baik-baik. Dia tau kelemahan aku tapi dia tak pernah gunakan tu sebagai alasan untuk tinggalkan aku. So ni lah hikmahnya bila aku pisah dengan that one, sebab aku jumpa yang lagi better :"DD

Sekarang dah 30 haribulan, 28.11.17 nanti segala-galanya akan berakhir. Tamatlah perjalanan aku sebagai pelajar Form 6. Ade 8 bulan sebelum sambung study insyaAllah. Macam-macam benda bole jadik dalam tempoh 8 bulan tu. Sama ade kerja tunang atau kawin terus hahahahaha. Tak tak, kahwin tu insyaAllah lagi 3 4 tahun akan datang. So sekarang ni biarlah aku study dulu, harap-harap dia tak rasa terabai sepanjang sebulan aku busy nii. Dia cakap dia faham insyaAllah, terima kasih awak :")

No comments:

Post a Comment